Isnin, 26 November 2012

Indahnya persahabatan itu..


“UNTUK SEORANG SAHABAT”
Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.
Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….
Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…
Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.




dari kecik hinggala aku dah remaja mcm ni dan bakal meningkat dewasa, banyak kawan yg datang dan pergi dalam hidup aku..
ada sesetengah yang masih dan mungkin akan sentiasa kekal dalam hidup aku, tapi tak kurang jugak ada yg dah berlalu dari hidup aku..
apa yang aku ingat, setiap persahabatan yang aku jalinkan itu sangat indah..
mungkin ada pahitnya, tapi lumrahlah sesuatu persahabatan itu pasti la ada pasang dan surutnya kan..

mungkin ada kawan2 aku yg terbaca artikel ni, satu ja aku nak cakap, aku sangat sayangkan semua kawan2 aku..

sayang aku tu takkan terucap dari bibir aku, tapi hanya mampu dizahirkan dalam hati aku..
semoga persahabatan kita sampai bila2 dan direstui Allah... insyaAllah.. :D

1 ulasan: